~
KAEDAH PENILAIAN BAHASA~
PENILAIAN MELALUI PROJEK
- Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
- Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali.
- Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah.
- Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
TUJUAN
PENILAIAN PROJEK
- Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
- Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
- Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
CIRI-CIRI
PENILAIAN PROJEK
- Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).
- Memerlukan jangka masa yang panjang .
- Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
- Murid boleh membina penyelesaian alternatif.
- Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
- Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENJALANKAN PROJEK
- Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
- Langkah 2 : Penilaian awal projek.
- Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
- Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
- Langkah 5 : Penilaian hasil projek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan