JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi
Ujian)
Ia menghuraikan aspek-aspek
pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu
sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
·
Dapat
mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara
terancang dan rapi.
·
Dalam
JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk
atau objektif pelajaran
·
Akan
menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
·
Membolehkan
ujian yang sama dibina oleh orang lain.
·
Dapat
menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
·
Perbandingan
dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
Langkah-langkah Penyedian JSU
(Jadual Spesifikasi Ujian)
JSU mengandungi maklumat tentang:
Ć Bentuk dan panjangnya ujian
Ć Aras kesukaran dan juga aras kemahiran
yang diuji
Ć JSU yang dirancang dengan baik akan menolong
dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
Ć Pembahagian soalan untuk tiap-tiap
unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
Ć Kepentingan aras mesti bersesuaian
dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
Ć Terdapat dua jenis soalan yang boleh
digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
Ć Penggubal soalan mesti menentukan
jumlah soalan untuk ujian itu.
Ć Masa mestilah cukup supaya 80%
daripada murid-murid dapat menjawab soalan.
Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang
hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap
tajuk yang diajar.
Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap
topik.
|
Jumlah Soalan
|
Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran
model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi
Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/
hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan;
ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)
Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi
setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan (
soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut
tajuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan