PEMBINAAN UJIAN
SOALAN OBJEKTIF
DEFINISI
Soalan
objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
“Soalan
objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara
objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa
tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).
Antara contoh soalan berbentuk
objektif:
- Item jenis pendek
- Item jenis padanan
- Item jenis anekapilihan
- Item kloz
Soalan berbentuk objektif terbahagi
kepada dua jenis:
- Item respon bebas
- Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan
calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan
yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk
melengkapkan penyataan.
Contoh;
1. Apakah
lawan bagi perkataan rajin ? ________
2. Kita
mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
Item respon tetap (item jenis
pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar
memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih
daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis soalan respon tetap;
1. Format
salah betul
2. Padanan
3. Aneka
pilihan
Format salah betul
Soalan
jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu
betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau
tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B)
atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
1. Hitam
– Putih ( )
Padanan
Soalan
jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau
perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan
tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat
yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item
tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk
soalan
2. Pokok
soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis
jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis
negatif
7. Mengisi
tempat kosong
8. Item
jenis campuran
9. Teknik
kloz
Terbahagi
kepada tiga jenis pilihan:
1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang
mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk
teks, grafik, jadual, atau perbualan.
2. Stam
merupakan bahagian soalan yang
mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau
soalan.
3. Jawapan
pilihan merupakan bahagian soalan yang
mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah,
jadual dan lain-lain.
Perkara
berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan
mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat
yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan
yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan
menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di
atas salah.
5. Aras
kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan
disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan
juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
Kelebihan
dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian
objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:
a) Ujian
ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan
lebih tepat.
b) Ia
bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut
terjamin.
c) Tidak
menggalakkan penipuan.
d) Ujian
ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia
boleh diskor dengan tepat.
f) Ia
juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang
yang terlatih.
g) Pemeriksaan
boleh dipercayai.
h) Ujian
ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia
dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia
memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia
dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.
Di
samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada
ujian objektif ini:
a) Ia
tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis
idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
b) Ada
kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa
menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan
berfikir.
d) Ujian
ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak
tenaga yang digunakan.
e) Ia
tidak dapat mengukur keaslian.
SOALAN SUBJEKTIF
DEFINISI
Soalan
subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam
instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta
tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
Terdapat
dua jenis soalan subjektif:
1. Item
jenis struktur
2. Item
jenis esei
Prinsip
pembinaan soalan jenis struktur
Item
jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan
yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada
soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang
ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan
huraian lanjutan.
Prinsip
pembinaan soalan jenis esei
Aras
kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu
berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran
pelajar.
Terdapat
dua jenis item esei
- Item tindak balas terhad
- Item tindak balas lanjutan
Item
tindak balas terhad
Item
tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini
juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya
mengukur aras kognitif isi yang terbatas.
Item
tindak balas lanjutan
Item
jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak
membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir
dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang
dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan
mereka.
Kelebihan
dan kelemahan Ujian Subjektif
Seperti
ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya
yang tersendiri. Antaranya ialah:
a) Ia
boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian
jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
c) Ia
berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka
boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka
boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan
sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan
calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi
sebenar.
e) Berguna
untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
f) Berguna
untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental
yang tinggi.
g) Ia
mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h) Tidak
menggunakan masa yang banyak untuk menyediakannya.
Dari
segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
a) Nilai
potensi diagnostik yang rendah
b) Ia
cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan
dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak
boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan
kurang boleh dipercayai.
e) Tidak
dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f) Ia
memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa
memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
g) Tidak
bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan