Kaedah
Penilaian Bahasa
1. Penilaian Melalui Portfolio.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.
Penilaian
Melalui Portfolio.
Apakah
portfolio?
· Satu
kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar
dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri
portfolio.
§
Dokumentasi
berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
§
Proses
pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai
kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta
pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
§
Menggalakkan
pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai
pihak.
§
Kandungan
portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
§
Portfolio
bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Penilaian
Portfolio
Ø
Penilaian
berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
Ø
Tugasan
portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai
melalui bukti-bukti lain.
Ø
Proses
penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan
perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah
dipersetujui bersama.
Jenis-jenis
Portfolio yang boleh dibina.
1. Porfolio
kerja harian
2. Portfolio
hasil terbaik
3. Portfolio
dokumen.
1. Portfolio Kerja Harian
·
Bahan
yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang
diberikan.
·
Contohnya;
Proses
perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang
mempunyai ciri-ciri berikut.
2. Portfolio Hasil Terbaik
ü
Dipilih
bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
ü
Berbentuk
sumatif
ü
Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada
bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
3. Portfolio Dokumen
·
Hasil
tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa
tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
·
Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.
Kegunaan
Portfolio
Ø
Membolehkan
guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat
penilaian secara holistik.
Ø
Mengekalkan
galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
Ø
Membolehkan
guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta
perkembangan.
Ø
Mempelbagaikan
bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod
pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
· Membolehkan
penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui
pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama,
ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Perancangan
Portfolio
Menyenaraikan
beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
1. Tentukan
tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti
isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan
isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
4. Penilaian
portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan,
individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
Bagaimana
Portfolio dinilai?
Ø
Portfolio
dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
Ø
Fokus
kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
Ø
Peta
perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang
lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut
selesai.
Merekod
Penilaian Portfolio
- Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
- Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.
Kriteria
penilaian
- Struktur dan organisani
- Strategi pengurusan
- Variasi isi yang sesuai
- Struktur ayat dan gaya bahasa
- Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
- Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
- Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.
Penilaian
Melalui Pemerhatian
ü
Pemerhatian
secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau
ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang
keberkesanan P&P.
ü
Meliputi
aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
ü
Boleh
guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
ü
Pemerhatian
berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
ü
Pemerhatian
juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan
bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
Perkara yang perlu diambil semasa
dibuat pemerhatian;
1. Kualiti
Pemerhatian
2. Bentuk
perancangan
3. Merekod
penilaian pemerhatian
4. Jenis
Pemerhatian
5. Strategi
pelaksanaan
6. Fungsi
penilaian melalui pemerhatian.
Kualiti
Pemerhatian
Ø
Pengetahuan
mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
Ø
Guru
perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
Ø
Yakin
dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
Ø
Ikhlas
dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
Ø
Tekal
dan stabil dalam penilaiannya.
Bentuk
Perancangan
ü
Menyediakan
alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
ü
Menetukan
teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
ü
Merangka
tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada
pemerhatian.
Merekod
penilaian pemerhatian
· Rekod
pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari
segi:
a) Pendekatan,
kaedah individu atau berkumpulan
· Semasa
menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara
pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan
Tugasan
· Cara
individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai
dengan tepat .
c) Cara
merekodkan dapatan dan rumusan
· Dapatan
dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
d) Tindakan
Susulan
· Rekod
pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot
· Boleh
digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang
tertentu seperti berikut:
1. Kecekapan
linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat
kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan
(body khanisthetic)
5. Kecekapan
intrapersonal
6. Kecekapan
interpersonal
Kecekapan
Linguistik
· Keupayaan
menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan
dan merangsang.
Melihat
Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
· Keupayaan
memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan
dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik
· Keupayaan
mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body
khanisthetic)
· Berkemahiran
sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan
Intrapersonal
· Keupayaan
memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan
interpersonal
· Keupayaan
memahami dan bergaul dengan orang lain.
Jenis
pemerhatian
Mengikut tujuan
dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
a.
Memerhati
sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan
(judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian
semasa.
b.
Memerhati
apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran,
pengetahuan dan perlakuan.
c.
Memerhati
untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi
Pelaksanaan.
i.
Secara
berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
ii.
Menggunakan
senarai semak.
iii.
Tindakkan
susulan terhadap hasil pemerhatian
iv.
Jangka
masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
v.
Maklum
balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
vi.
Refleksi
tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi
Pemerhatian
o
Guru
berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
o
Guru
membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai
maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan